Tuesday, September 6, 2011

KENDERAAN GANTI KEDIAMAN


Jika anda masih belum perasan, kehidupan moden kita banyak dihabiskan disebalik sebuah kenderaan. Walaupun kereta telah wujud lebih kurang 125 tahun yang lalu, peranan sebenar serta hubugannya dengan manusia hanya melalui perubahan dalam beberapa dekad yang lalu.


Mulanya ia hanya penggerak yang menggantikan kuda, namun kini berkembang menjadi bahagian yang penting dalam kehidupan seharian kita. Hari ini sebuah kereta bukan sekadar menjadi satu alat pengangkutan dan lambang status. Arah rekaan yang ada padanya menghala ke masa depan, dimana kereta menjadi platform kenderaan untuk gaya hidup berbanding sekadar sebuah pengangkutan. 


Kita sudah dapat melihat bagaimana konsep ini digunakan oleh pengeluar terkemuka seperti pada KIA KV7 dan Nissan Townpod. Jadi, adakah kereta masa hadapan akan menjurus lebih kepada sebuah ruang tamu berbanding bentuk futuristic coupe empat pintu?


Mengambil kira arah masa depan dan perubahan hubungan manusia dengan kenderaan, mungkin kenderaan masa hadapan akan lebih kepada ruang tamu bergerak seperti konsep van elektrik. Dengan adanya lantai yang rata, susun atur dalaman boleh ubah dapat digunakan dengan tempat duduk pemandu boleh dipusing menghadap ke bangku belakang atau dilipat samada menjadi meja atau tempat letak kaki.


Malah ia juga boleh menjadi modular dimana pemandu boleh menanggalkan tempat duduk untuk disimpan atau meletakkan barangan yang besar. Jangan anggap kenderaan hanya alat pengangkuta dengan empat atau lima tempat duduk menghadap ke hadapan, tugasnya boleh dikembangkan menjadi sebuah pejabat bergerak atau tempat berjumpa dan bersosial. Kemungkinannya tidak berpenghujung.

No comments:

Post a Comment