Saturday, August 13, 2011

PROTON MALAYSIA




PROTON (Singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd) ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak RM 150 juta, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mecapai aspirasi Negara menuju kearah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) serta rakan-rakan usahasama dari seberang laut.

Pemegang saham terdiri daripada :
  • Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)

  • Mitsubishi Motor Corporation Jepun (15%)
  • Mitsubishi Corporation Jepun (15%)

Kilang PROTON terletak di :
  • Kawasan Perindustrian HICOM, Batu Tiga, 40000 Shah Alam, Selangor.


  • Tanjung Malim, Perak.



Sumber Maklumat Wikipedia

No comments:

Post a Comment